Skip to main content

SUKEM 2017

Pasukan pemain bola jaring KTHO
Saya telah menyertai SUKEM pada sesi 2017/2018 di mana kami telah berjaya merangkul pingat emas. Itulah satu kebanggaan buat kami kerana Kolej Tun Hussein Onn antara kolej kecil di mana penghuninya tidak seramai kolej-kolej lain tetapi kami berjaya mengalahkan kolej lain terutamanya juara bertahan selama ini.

Berkat dari usaha dan ilmu yang diturunkan oleh jurulatih kami dapat mencapai kejayaan ini. Hampir setiap petang, kami perlu memberi komitmen bagi menjalani latihan. Begitu juga dengan jurulatih yang sanggup turun mengajar kami. Sangat besar pengorbanan jurulatih kami di mana dia juga seorang pelajar master dan bekerja.

Walaupun kebanyakan dari kami sudah berpengalaman tetapi cara yang diajar oleh jurulatih adalah dari asas. Kerana tanpa asas yang betul sukar untuk kita meneruskan perkara selanjutnya. Oleh itu sangatlah penting untuk kita memahami asas kerana asas ini ibarat tiang rumah, jika tiang rumah kita tidak kukuh, apa akan pada yang lain? Sudah tentu rumah kita jadi tidak kukuh

Comments

Popular posts from this blog

Memilih BSMM sebagai badan beruniform

Sebahagian daripada Kadet BSMM UKM Pada peringkat universiti, saya memilih Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai badan beruniform. Di UKM menyertai badan beruniform bukanlah satu kewajipan tetapi saya menyertai ini kerana minat saya sendiri untuk menyertai badan uniform. Saya tidak tahu mengapa saya memilih BSMM sebagai badan uniform tetapi saya tergerak hati untuk memilih uniform ini. Walaupun sewaktu sekolah menengah saya sertai badan beruniform kadet polis. Mungkin saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Setelah menyertai badan uniform ini, perspektif saya mengenai BSMM berbeza. Jika selama ini, sewaktu sekolah menengah jika dilihat PBSM seperti kurang aktif. Tetapi di sini, uniform ini sangat aktif dan sering melakukan program atau latihan pada hujung minggu. Selain itu,memang satu kewajipan untuk BSMM menguasai ilmu rawatan kecemasan awal. Melalui uniform ini saya mempelajari banyak ilmu baru seperti ilmu balutan, usungan, kawad kaki dan lain-lain. Kelebihan yang kami dapat d...

Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat

Hari Pertama Kursus Ini adalah kursus yang ketiga yang telah saya ambil bagi sesi ini daripada 7 persijilan iaitu Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat(BBOM). Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM. Apa itu kursus BBOM? Kursus ini adalah berkenaan bagaimana cara menghadapi situasi jika berlaku bencana alam kerana kami sebagai ahli BSMM perlulah sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan bantuan. Tidak kira bentuk apa bencana itu seperti tanah runtuh, banjir dan kemalangan jalan raya.

Ilmu Ikhtiar Hidup

Cara Menjerat Haiwan Dalam kursus BBOM ini, kami bukan sahaja belajar cara menghadapi situasi bencana, kami juga pelajari ilmu ikhtiar hidup apabila di hutan. Berdasarkan gambar tersebut, kami diajar cara-cara memasang jerat, jerat ini bukan sahaja buat ayam tetapi untuk haiwan lain dengan menggunakan cara yang sama tetapi saiz yang berbeza. Tumbuhan yang bermanfaat ketika di hutan Tumbuhan-tumbuhan yang di atas meja ialah tumbuhan yang memberi manfaat kepada kita dan boleh dijumpai di dalam hutan. Terdapat pokok yang kita boleh makan begitu saja dan ada yang tak boleh dimakan tetapi berguna contohnya seperti buah ceri(boleh dimakan) dan pokok sabun(tidak boleh dimakan). Pokok sabun antara pokok yang baru saya dengari di mana pokok ini tidak boleh dimakan tetapi berguna kerana daun pokok ini boleh dijadikan sabun untuk kita.