![]() |
Selesai interview |
Apa yang saya rasa apabila dipanggil untuk ditemuduga? Pertama kalinya apabila saya dapat keputusan ini, saya rasa tidak mahu pergi kerana rasa gementar menghantui dan perjalanan yang agak jauh. Tetapi apabila tarikh temuduga semakin hampir, saya datang juga untuk temuduga.
Saya ditemuduga secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang dan panel pula seramai 4 orang. Sudah tentu pelbagai reaksi dan raut wajah yang ditunjukkan oleh panel, ada yang baik dan ada yang muka serius. Walaupun begitu, saya dapat hadapinya kerana latihan temuduga yang pernah dibuat sebelum ini.
Comments
Post a Comment