Skip to main content

Setiap yang Berlaku, Ada Hikmahnya

Kenangan bersama supir bas


Apa yang kami lakukan apabila tidak jumpa nombor telefon pihak Pinus Pengger? Kami mengambil inisiatif untuk bertanya kepada supir (pemandu) bas jika ada nombor telefon pihak sana. Apa yang pemandu itu buat ialah dia cuba menghubungi pihak pelancongan jika ada nombor pihak sana. Kami sangat beruntung kerana dapat hubungi pihak sana dan makulumkan tentang kehilangan dompet. Pihak dari sana sangat baik hati kerana hendak menolong Liyana untuk mencari kembali dompetnya di mana di dalamnya ada sejumlah wang, kad pengenalan, kad bank dan lain-lain.

Sementara pihak sana melakukan pencarian, kami pula hanya menunggu dalam bas bersama pemandu bas. Dari situ kami mula rapat dan kenal pemandu bas kami walaupun sudah beberapa kali kami menaiki bas. Kami dibawa oleh dua pemandu, nama mereka ialah Om Wahyu dan Mas Irfan. Mas Irfan rupanya masih muda, umurnya hanya atas saya iaitu 21 tahun manakala Om Wahyu merahsiakan umurnya. Mereka berdua sangat baik. Om Wahyu juga sempat belanja kami makan satay yang sedap.

Setelah berapa lama menunggu, pihak sana memaklumkan yang mereka masih tidak jumpa dompet tersebut. Pada malam itu, pihak pelancongan ingin membawa kami ke Pinus Pengger kembali untuk lihat kembali walaupun jaraknya agak jauh. Apabila tiba di sana dan lihat kembali tempat terakhir ketika di Pinus Pengger, sememangnya tiada nampak kelibat dompet tersebut. Tiada yang dapat kami buat, Nasib baik passport berada pada tempat berasingan dan masih selamat bersama Liyana kerana apabila berada di luar negara, passport adalah lebih penting. Kemudian, kami hanya pulang ke Homestay. Pihak Pinus Pengger maklumkan yang mereka akan cuba mencari pada keesokan hari pula pada waktu siang.

Walaupun perkara ini berlaku tetapi, ia dapat membuat kami mengenali dan bertegur dengan pemandu bas kami. Jika perkara ini tidak berlaku, sehingga kami pulang ke Malaysia kami tidak akan berkenalan sama Om Wahyu dan Mas Irfan yang sangat baik hati.

Comments

Popular posts from this blog

Memilih BSMM sebagai badan beruniform

Sebahagian daripada Kadet BSMM UKM Pada peringkat universiti, saya memilih Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai badan beruniform. Di UKM menyertai badan beruniform bukanlah satu kewajipan tetapi saya menyertai ini kerana minat saya sendiri untuk menyertai badan uniform. Saya tidak tahu mengapa saya memilih BSMM sebagai badan uniform tetapi saya tergerak hati untuk memilih uniform ini. Walaupun sewaktu sekolah menengah saya sertai badan beruniform kadet polis. Mungkin saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Setelah menyertai badan uniform ini, perspektif saya mengenai BSMM berbeza. Jika selama ini, sewaktu sekolah menengah jika dilihat PBSM seperti kurang aktif. Tetapi di sini, uniform ini sangat aktif dan sering melakukan program atau latihan pada hujung minggu. Selain itu,memang satu kewajipan untuk BSMM menguasai ilmu rawatan kecemasan awal. Melalui uniform ini saya mempelajari banyak ilmu baru seperti ilmu balutan, usungan, kawad kaki dan lain-lain. Kelebihan yang kami dapat d...

Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat

Hari Pertama Kursus Ini adalah kursus yang ketiga yang telah saya ambil bagi sesi ini daripada 7 persijilan iaitu Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat(BBOM). Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM. Apa itu kursus BBOM? Kursus ini adalah berkenaan bagaimana cara menghadapi situasi jika berlaku bencana alam kerana kami sebagai ahli BSMM perlulah sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan bantuan. Tidak kira bentuk apa bencana itu seperti tanah runtuh, banjir dan kemalangan jalan raya.

Interview UKM

Selesai interview Saya berasa amat bersyukur kerana telah dipilih bagi menghadiri ujian temuduga bagi kos Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana ini merupakan pilihan pertama saya. Ini adalah kali pertama saya menghadapi situasi temuduga yang sebenar. Apa yang saya rasa apabila dipanggil untuk ditemuduga? Pertama kalinya apabila saya dapat keputusan ini, saya rasa tidak mahu pergi kerana rasa gementar menghantui dan perjalanan yang agak jauh. Tetapi apabila tarikh temuduga semakin hampir, saya datang juga untuk temuduga. Saya ditemuduga secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang dan panel pula seramai 4 orang. Sudah tentu pelbagai reaksi dan raut wajah yang ditunjukkan oleh panel, ada yang baik dan ada yang muka serius. Walaupun begitu, saya dapat hadapinya kerana latihan temuduga yang pernah dibuat sebelum ini.