Skip to main content

Pesta Cahaya ft Tahun Baru

Pesta Cahaya Lampu

Ini pertama kali saya datang ke pesta lampu walaupun pesta ini diadakan setiap tahun. Pesta Cahaya Lampu ini bertempat di Putrajaya. Kami hadir ke pesta ini pada waktu petang kerana kalau datang lambat lagi mungkin akan berlaku kesesakan lalu lintas. Pada waktu petang, pesta cahaya masih tidak dimulakan lagi. Tetapi di situ terdapat jualan makanan yang sangat banyak untuk kita nikmati. Jadi, pada waktu petang, kami hanya membeli makanan.

Pada jam 8.30 malam lebih kurang pesta cahaya lampu bermula. Maka, lampu-lampu pun terpasang dan juga disajikan tayangan besar lampu pada bangunan. Suasana di sana sangat cantik dan menarik untuk dilihat dan bergambar. Kami berada di sana sehingga tengah malam. Pada awalnya kami bercadang untuk balik awal tetapi entah bagaimana boleh duduk di situ hingga tengah malam sekaligus menyambut tahun baru dan membuat countdown.

Habisnya acara bunga api, lebih kurang jam 12.30 pagi, kemudian habisnya majlis. Apabila kami hendak pulang dengan menaiki Grab, harganya sangat mahal dalam RM50 kerana berlaku kesesakan lalu lintas. Semua orang ingin berpusu-pusu untuk pulang. Kami hanya tunggu sehingga kesesakan reda. Sehingga jam 2 kami tunggu tetapi masih lagi sesak. Apa yang kami buat, kami berjalan keluar daripada kawasan kesesakan. Kami membuat senaman malam. Dalam jam 2.30 pagi barulah kami dapat pulang. Sebelum kami pulang, kami perlu menempah Grab, memilih pemandu Grab kami agak berhati-hati kerana waktu agak lewat malam, jadi bahaya jika berlaku apa-apa kerana kami bertiga dan semuanya perempuan. Nasib baik kami dapat seorang pemandu agak berumur yang baik hati menghantar kami ke destinasi yang ingin dituju dengan selamat.

Comments

Popular posts from this blog

Memilih BSMM sebagai badan beruniform

Sebahagian daripada Kadet BSMM UKM Pada peringkat universiti, saya memilih Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai badan beruniform. Di UKM menyertai badan beruniform bukanlah satu kewajipan tetapi saya menyertai ini kerana minat saya sendiri untuk menyertai badan uniform. Saya tidak tahu mengapa saya memilih BSMM sebagai badan uniform tetapi saya tergerak hati untuk memilih uniform ini. Walaupun sewaktu sekolah menengah saya sertai badan beruniform kadet polis. Mungkin saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Setelah menyertai badan uniform ini, perspektif saya mengenai BSMM berbeza. Jika selama ini, sewaktu sekolah menengah jika dilihat PBSM seperti kurang aktif. Tetapi di sini, uniform ini sangat aktif dan sering melakukan program atau latihan pada hujung minggu. Selain itu,memang satu kewajipan untuk BSMM menguasai ilmu rawatan kecemasan awal. Melalui uniform ini saya mempelajari banyak ilmu baru seperti ilmu balutan, usungan, kawad kaki dan lain-lain. Kelebihan yang kami dapat d...

Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat

Hari Pertama Kursus Ini adalah kursus yang ketiga yang telah saya ambil bagi sesi ini daripada 7 persijilan iaitu Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat(BBOM). Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM. Apa itu kursus BBOM? Kursus ini adalah berkenaan bagaimana cara menghadapi situasi jika berlaku bencana alam kerana kami sebagai ahli BSMM perlulah sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan bantuan. Tidak kira bentuk apa bencana itu seperti tanah runtuh, banjir dan kemalangan jalan raya.

Interview UKM

Selesai interview Saya berasa amat bersyukur kerana telah dipilih bagi menghadiri ujian temuduga bagi kos Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana ini merupakan pilihan pertama saya. Ini adalah kali pertama saya menghadapi situasi temuduga yang sebenar. Apa yang saya rasa apabila dipanggil untuk ditemuduga? Pertama kalinya apabila saya dapat keputusan ini, saya rasa tidak mahu pergi kerana rasa gementar menghantui dan perjalanan yang agak jauh. Tetapi apabila tarikh temuduga semakin hampir, saya datang juga untuk temuduga. Saya ditemuduga secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang dan panel pula seramai 4 orang. Sudah tentu pelbagai reaksi dan raut wajah yang ditunjukkan oleh panel, ada yang baik dan ada yang muka serius. Walaupun begitu, saya dapat hadapinya kerana latihan temuduga yang pernah dibuat sebelum ini.