Skip to main content

Perintis Usahawan ke Yogyakarta, Indonesia


    📷Gambar ini diambil pada 23 April 2018, di mana kami dari Kolej Tun Hussein Onn bersama Kolej Dato' Onn menjalankan program selama 6 hari di Yogyakarta, Indonesia. Nama program ini ialah Perintis Usahawan ke Yogyakarta. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk kami bertukar pendapat mengenai usahawan di universiti di Indonesia. Walaupun sedikit kepayahan yang kami rasai untuk menjayakan program, tetapi pada akhirnya kami dapat rasakan kemanisan. Banyak aktiviti yang kami lakukan bagi memperoleh dana. Antara yang kami lakukan bagi mencari dana ialah sudah semestinya kami membuat jualan seperti roti john, keropok lekor dan tudung di kolej-kolej. Bukan itu saja, kami juga ada menyediakan servis membersihkan rumah dan memohon sedikit dana dari rumah ke rumah bagi menjayakan program. Untuk blog seterusnya, saya akan menceritakan pengalaman di sana.💖

Comments

Popular posts from this blog

Memilih BSMM sebagai badan beruniform

Sebahagian daripada Kadet BSMM UKM Pada peringkat universiti, saya memilih Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai badan beruniform. Di UKM menyertai badan beruniform bukanlah satu kewajipan tetapi saya menyertai ini kerana minat saya sendiri untuk menyertai badan uniform. Saya tidak tahu mengapa saya memilih BSMM sebagai badan uniform tetapi saya tergerak hati untuk memilih uniform ini. Walaupun sewaktu sekolah menengah saya sertai badan beruniform kadet polis. Mungkin saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Setelah menyertai badan uniform ini, perspektif saya mengenai BSMM berbeza. Jika selama ini, sewaktu sekolah menengah jika dilihat PBSM seperti kurang aktif. Tetapi di sini, uniform ini sangat aktif dan sering melakukan program atau latihan pada hujung minggu. Selain itu,memang satu kewajipan untuk BSMM menguasai ilmu rawatan kecemasan awal. Melalui uniform ini saya mempelajari banyak ilmu baru seperti ilmu balutan, usungan, kawad kaki dan lain-lain. Kelebihan yang kami dapat d...

Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat

Hari Pertama Kursus Ini adalah kursus yang ketiga yang telah saya ambil bagi sesi ini daripada 7 persijilan iaitu Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat(BBOM). Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM. Apa itu kursus BBOM? Kursus ini adalah berkenaan bagaimana cara menghadapi situasi jika berlaku bencana alam kerana kami sebagai ahli BSMM perlulah sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan bantuan. Tidak kira bentuk apa bencana itu seperti tanah runtuh, banjir dan kemalangan jalan raya.

Interview UKM

Selesai interview Saya berasa amat bersyukur kerana telah dipilih bagi menghadiri ujian temuduga bagi kos Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana ini merupakan pilihan pertama saya. Ini adalah kali pertama saya menghadapi situasi temuduga yang sebenar. Apa yang saya rasa apabila dipanggil untuk ditemuduga? Pertama kalinya apabila saya dapat keputusan ini, saya rasa tidak mahu pergi kerana rasa gementar menghantui dan perjalanan yang agak jauh. Tetapi apabila tarikh temuduga semakin hampir, saya datang juga untuk temuduga. Saya ditemuduga secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang dan panel pula seramai 4 orang. Sudah tentu pelbagai reaksi dan raut wajah yang ditunjukkan oleh panel, ada yang baik dan ada yang muka serius. Walaupun begitu, saya dapat hadapinya kerana latihan temuduga yang pernah dibuat sebelum ini.