Skip to main content

Kursus Pertolongan Cemas Asas

Persediaan sebelum menghadapi ujian
Kursus pertolongan cemas asas ialah kursus asas yang perlu disertai oleh kadet BSMM. Dalam kursus ini kami mempelajari ilmu balutan, pengangkutan dan CPR. Kami mempelajari cara melakukan balutan yang sesuai bagi luka dan sakit tertentu kerana jika gunakan balutan yang salah, mungkin boleh menyebabkan pendarahan dan lebih teruk kematian.

Kami mempelajari ilmu pengangkutan iaitu cara-cara mengangkat mangsa dengan betul sama ada menggunakan stretcher, selimut atau tanpa alatan. Hal ini jika kita mengangkat mangsa dengan cara yang salah, ia boleh menyebabkan luka lebih parah dan teruk.

Seterusnya, kami belajar cara melakukan CPR menggunakan patung. CPR memerlukan keyakinan dan cara yang betul untuk lakukannya kerana sebab yang sama, mangsa mungkin akan menjadi lebih teruk. Setelah selesai kursus, kami dinilai cara melakukan CPR yang betul.

Comments

Popular posts from this blog

Memilih BSMM sebagai badan beruniform

Sebahagian daripada Kadet BSMM UKM Pada peringkat universiti, saya memilih Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai badan beruniform. Di UKM menyertai badan beruniform bukanlah satu kewajipan tetapi saya menyertai ini kerana minat saya sendiri untuk menyertai badan uniform. Saya tidak tahu mengapa saya memilih BSMM sebagai badan uniform tetapi saya tergerak hati untuk memilih uniform ini. Walaupun sewaktu sekolah menengah saya sertai badan beruniform kadet polis. Mungkin saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Setelah menyertai badan uniform ini, perspektif saya mengenai BSMM berbeza. Jika selama ini, sewaktu sekolah menengah jika dilihat PBSM seperti kurang aktif. Tetapi di sini, uniform ini sangat aktif dan sering melakukan program atau latihan pada hujung minggu. Selain itu,memang satu kewajipan untuk BSMM menguasai ilmu rawatan kecemasan awal. Melalui uniform ini saya mempelajari banyak ilmu baru seperti ilmu balutan, usungan, kawad kaki dan lain-lain. Kelebihan yang kami dapat d...

Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat

Hari Pertama Kursus Ini adalah kursus yang ketiga yang telah saya ambil bagi sesi ini daripada 7 persijilan iaitu Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat(BBOM). Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM. Apa itu kursus BBOM? Kursus ini adalah berkenaan bagaimana cara menghadapi situasi jika berlaku bencana alam kerana kami sebagai ahli BSMM perlulah sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan bantuan. Tidak kira bentuk apa bencana itu seperti tanah runtuh, banjir dan kemalangan jalan raya.

Ilmu Ikhtiar Hidup

Cara Menjerat Haiwan Dalam kursus BBOM ini, kami bukan sahaja belajar cara menghadapi situasi bencana, kami juga pelajari ilmu ikhtiar hidup apabila di hutan. Berdasarkan gambar tersebut, kami diajar cara-cara memasang jerat, jerat ini bukan sahaja buat ayam tetapi untuk haiwan lain dengan menggunakan cara yang sama tetapi saiz yang berbeza. Tumbuhan yang bermanfaat ketika di hutan Tumbuhan-tumbuhan yang di atas meja ialah tumbuhan yang memberi manfaat kepada kita dan boleh dijumpai di dalam hutan. Terdapat pokok yang kita boleh makan begitu saja dan ada yang tak boleh dimakan tetapi berguna contohnya seperti buah ceri(boleh dimakan) dan pokok sabun(tidak boleh dimakan). Pokok sabun antara pokok yang baru saya dengari di mana pokok ini tidak boleh dimakan tetapi berguna kerana daun pokok ini boleh dijadikan sabun untuk kita.