Skip to main content

Kenangan Pahit di Yogyakarta =(

Tempat terakhir bergambar di Pinus Pengger


Setiap pengalaman pasti ada manis dan pahitnya. Dalam pada kami bergembira ke Yogyakarta, ada sesuatu perkara tak diingini berlaku. Perkara ini berlaku ketika kami berada di Pinus Pengger. Tetapi kami lambat sedari sehingga tiba di Malioboro. Malioboro ialah suatu tempat di mana tumpuan pelancong untuk membeli-belah dan barangan seperti pakaian batik, seluar, baju dan keychain. Apabila kami sudah tiba di Malioboro, kami berpecah kepada kumpulan kecil untuk membeli barang. Saya berada dalam satu kumpulan kecil bersama Ika dan Liyana. Kedai pertama yang kami kunjungi pada waktu itu ialah kedai topi dan keduanya kedai baju kanak-kanak. Ketika di kedai itu, kami sedar perkara ini berlaku. Sewaktu Liyana selesai membeli baju untuk adiknya, Liyana pun hendak bayar untuk baju itu. Tiba-tiba riak muka Liyana berubah kerana tidak jumpa dompetnya.

Apa yang kami buat, kami cuba melihat kembali dompet Liyana di dalam bas, tetapi kami tidak jumpa. Kami melihat di demua tempat tetapi tidak jumpa juga. Kemudian, kami keluar bas dan ingat kembali tempat terakhir Liyana mengeluarkan dompetnya. Apa yang kami ingat ialah ketika kami di Pinus Pengger kerana sewaktu itu kami hendak bergegas dan kemungkinan Liyana terlupa. Kami tidak tahu untuk berbuat apa-apa kerana jarak antara Malioboro dan Pinus Pengger dalam satu jam. Kemudian, kami maklumkan kepada ketua kami dan dalam pada itu kami cuba untuk mencari nopmbor telefon pihak dari Pinus di internet tapi tidak jumpa. Apa akan berlaku seterusnya agaknya? Saya akan sambung pada blog seterusnya.

Comments

Popular posts from this blog

Memilih BSMM sebagai badan beruniform

Sebahagian daripada Kadet BSMM UKM Pada peringkat universiti, saya memilih Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai badan beruniform. Di UKM menyertai badan beruniform bukanlah satu kewajipan tetapi saya menyertai ini kerana minat saya sendiri untuk menyertai badan uniform. Saya tidak tahu mengapa saya memilih BSMM sebagai badan uniform tetapi saya tergerak hati untuk memilih uniform ini. Walaupun sewaktu sekolah menengah saya sertai badan beruniform kadet polis. Mungkin saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Setelah menyertai badan uniform ini, perspektif saya mengenai BSMM berbeza. Jika selama ini, sewaktu sekolah menengah jika dilihat PBSM seperti kurang aktif. Tetapi di sini, uniform ini sangat aktif dan sering melakukan program atau latihan pada hujung minggu. Selain itu,memang satu kewajipan untuk BSMM menguasai ilmu rawatan kecemasan awal. Melalui uniform ini saya mempelajari banyak ilmu baru seperti ilmu balutan, usungan, kawad kaki dan lain-lain. Kelebihan yang kami dapat d...

Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat

Hari Pertama Kursus Ini adalah kursus yang ketiga yang telah saya ambil bagi sesi ini daripada 7 persijilan iaitu Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat(BBOM). Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM. Apa itu kursus BBOM? Kursus ini adalah berkenaan bagaimana cara menghadapi situasi jika berlaku bencana alam kerana kami sebagai ahli BSMM perlulah sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan bantuan. Tidak kira bentuk apa bencana itu seperti tanah runtuh, banjir dan kemalangan jalan raya.

Interview UKM

Selesai interview Saya berasa amat bersyukur kerana telah dipilih bagi menghadiri ujian temuduga bagi kos Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana ini merupakan pilihan pertama saya. Ini adalah kali pertama saya menghadapi situasi temuduga yang sebenar. Apa yang saya rasa apabila dipanggil untuk ditemuduga? Pertama kalinya apabila saya dapat keputusan ini, saya rasa tidak mahu pergi kerana rasa gementar menghantui dan perjalanan yang agak jauh. Tetapi apabila tarikh temuduga semakin hampir, saya datang juga untuk temuduga. Saya ditemuduga secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang dan panel pula seramai 4 orang. Sudah tentu pelbagai reaksi dan raut wajah yang ditunjukkan oleh panel, ada yang baik dan ada yang muka serius. Walaupun begitu, saya dapat hadapinya kerana latihan temuduga yang pernah dibuat sebelum ini.