Skip to main content

Kem Tahunan Kadet BSMM

Kem Tahunan Kadet yang Pertama

Kem ini merupakan kem tahunan kadet BSMM yang pertama kerana pada tahun lepas sesi 2016/2017 baru sahaja diwujudkan kadet BSMM. Selama ini hanya ada ahli BSMM sahaja. Jadi pada sesi tersebut, kadet BSMM masih dalam proses penstabilan. Kini, pada sesi kami, terdapat kakak atau abang yang boleh membantu kami. Oleh itu, mereka telah mengadakan kem tahunan ini untuk kami dan urusetia ialah kadet siri 1 iaitu kadet pada sesi 2016/2017.

Kem tahunan ini berlangsung selama 4 hari. Sebaik sahaja selesai minggu peperiksaan akhir semester. Walaupun ini ialah kem tahunan yang pertama, kem ini dapat dijalankan di luar UKM iaitu di Kem Herba, Sg. Chongkak, Selangor dengan menaiki bas. Saya akan menceritakan serba sedikit pengalaman kami di sana.

Setibanya kami di sana, kami dibahagikan bilik ke bilik. Kemudian, berkumpul di dewan bagi sesi ice breaking dan juga pembahagian kumpulan. Kumpulan dipecahkan kepada 10 kumpulan dan dalam satu kumpulan terdapat 8 hingga 10 orang. Pada petang itu pula, kami membuat jelajah hutan di mana kami  bukan sahaja jelejah tetapi kami juga perlu meredah sungai. Pada waktu malam, pembentangan identiti kumpulan serta sorakan.

Hari kedua kami membuat senaman pagi dan didedahkan mengenai kuliah ilmu ikhtiar hidup. Selesai sahaja kuliah tersebut, kami perlu mempraktikkan ilmu tersebut dengan diberi tugasan untuk menyediakan makanan tengah hari kami dengan hanya berbekalkan ayam, kunyit, garam, beras dan kobis sahaja. Alhamdulilah kumpulan kami berjaya melaksanakan tugas tersebut, semua makanan berjaya disiapkan dan dimasak tetapi tidak terlalu sempurna seperti nasi yang kami masak dalam buluh terlalu padat seolah-olah seperti makan lemang. Seterusnya, kami mempelajari cara mengangkut mangsa di dalam air di sungai.

Pada hari ketiga, pada waktu pagi, kami juga membuat senaman pagi, dan juga perlu mengikuti seminar NLP (Neuron Linguistic) di mana kami didedahkan cara belajar yang sesuai. Seterusnya, pula kami membuat aktiviti kumpulan iaitu explorace berkaitan BSMM. Selesai sahaja aktiviti tersebut, kami berkumpul di dewan di mana jurulatih kami memberi sedikit ucapan. Dalam waktu itu, tiba-tiba ada seorang ahli kadet yang masuk ke dewan dalam keadaan telinganya berdarah dan pengsan. Ketika itu, kami sedar mereka membuat simulasi di mana kami perlu menyelamatkan mangsa di sekitar kawasan kem. Pada malamnya, kami membuat malam kebudayaan.

Hari yang keempat ialah upacara penutupan. Walaupun kem ini diadakan buat kali pertama tetapi urusetia menjalankan program dengan lancar dan menarik.

1 Cadet, 1 Family, 1 BSMM

Comments

Popular posts from this blog

Memilih BSMM sebagai badan beruniform

Sebahagian daripada Kadet BSMM UKM Pada peringkat universiti, saya memilih Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai badan beruniform. Di UKM menyertai badan beruniform bukanlah satu kewajipan tetapi saya menyertai ini kerana minat saya sendiri untuk menyertai badan uniform. Saya tidak tahu mengapa saya memilih BSMM sebagai badan uniform tetapi saya tergerak hati untuk memilih uniform ini. Walaupun sewaktu sekolah menengah saya sertai badan beruniform kadet polis. Mungkin saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Setelah menyertai badan uniform ini, perspektif saya mengenai BSMM berbeza. Jika selama ini, sewaktu sekolah menengah jika dilihat PBSM seperti kurang aktif. Tetapi di sini, uniform ini sangat aktif dan sering melakukan program atau latihan pada hujung minggu. Selain itu,memang satu kewajipan untuk BSMM menguasai ilmu rawatan kecemasan awal. Melalui uniform ini saya mempelajari banyak ilmu baru seperti ilmu balutan, usungan, kawad kaki dan lain-lain. Kelebihan yang kami dapat d...

Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat

Hari Pertama Kursus Ini adalah kursus yang ketiga yang telah saya ambil bagi sesi ini daripada 7 persijilan iaitu Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat(BBOM). Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM. Apa itu kursus BBOM? Kursus ini adalah berkenaan bagaimana cara menghadapi situasi jika berlaku bencana alam kerana kami sebagai ahli BSMM perlulah sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan bantuan. Tidak kira bentuk apa bencana itu seperti tanah runtuh, banjir dan kemalangan jalan raya.

Interview UKM

Selesai interview Saya berasa amat bersyukur kerana telah dipilih bagi menghadiri ujian temuduga bagi kos Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana ini merupakan pilihan pertama saya. Ini adalah kali pertama saya menghadapi situasi temuduga yang sebenar. Apa yang saya rasa apabila dipanggil untuk ditemuduga? Pertama kalinya apabila saya dapat keputusan ini, saya rasa tidak mahu pergi kerana rasa gementar menghantui dan perjalanan yang agak jauh. Tetapi apabila tarikh temuduga semakin hampir, saya datang juga untuk temuduga. Saya ditemuduga secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang dan panel pula seramai 4 orang. Sudah tentu pelbagai reaksi dan raut wajah yang ditunjukkan oleh panel, ada yang baik dan ada yang muka serius. Walaupun begitu, saya dapat hadapinya kerana latihan temuduga yang pernah dibuat sebelum ini.