 |
Cara Menjerat Haiwan |
Dalam kursus BBOM ini, kami bukan sahaja belajar cara menghadapi situasi bencana, kami juga pelajari ilmu ikhtiar hidup apabila di hutan. Berdasarkan gambar tersebut, kami diajar cara-cara memasang jerat, jerat ini bukan sahaja buat ayam tetapi untuk haiwan lain dengan menggunakan cara yang sama tetapi saiz yang berbeza.
 |
Tumbuhan yang bermanfaat ketika di hutan |
Tumbuhan-tumbuhan yang di atas meja ialah tumbuhan yang memberi manfaat kepada kita dan boleh dijumpai di dalam hutan. Terdapat pokok yang kita boleh makan begitu saja dan ada yang tak boleh dimakan tetapi berguna contohnya seperti buah ceri(boleh dimakan) dan pokok sabun(tidak boleh dimakan). Pokok sabun antara pokok yang baru saya dengari di mana pokok ini tidak boleh dimakan tetapi berguna kerana daun pokok ini boleh dijadikan sabun untuk kita.
Comments
Post a Comment