Skip to main content

Hari kedua di Yogyakarta

Gambar berlatarkan candi borobudur

Tiba di lokasi Candi Borobudur

    Pada sebelah pagi, kami bergerak ke lokasi candi borobudur. Seperti yang pernah kita dengar dalam buku sejarah mengenai Candi Borobudur. Di sini kami berpeluang untuk melihat suasana candi borobudur. Perjalanan untuk menaiki candi agak memenatkan kerana ketinggian yang agak tinggi. Permandangan dari atas candi juga sangat menarik dan indah. Di situ kita juga dapat lihat keunikan pembinaan candi tersebut. Apa yang ingin saya ceritakan sedikit kisah ketika tiba di candi, setibanya bas kami berhenti di candi borobudur, kita akan dapat lihat ramai penjual yang tiba-tiba menunggu di luar bas untuk menjual barangan mereka kepada kita. Saya ingin katakan di sini, cara mereka memasarkan barangan mereka sangat bagus dengan cara mereka sendiri dekati pelanggan walaupun rasa sedikit menggangu kerana mereka akan ekori kita sampai mereka lihat kita betul-betul tidak berminat dengan barang itu.



Gambar bersama jeep dan pemandunya.


     Pada sebelah petang, kami bergerak ke Gunung Merapi. Bagi saya pergi ke gunung merapi ini antara tempat yang paling sukai kerana perjalanan yang sangat mencabar dan berlubang-lubang. Mengapa jalannya berlubang-lubang? Hal ini kerana kesan daripada letusan gunung merapi. Sepanjang perjalanan kita kan dapat melihat banyak batu-batu berwarna hitam yang asalnya daripada gunung merapi yang panas. Perjalanan kami sepanjang di kawasan itu adalah dengan menaiki jeep. Itu adalah kali pertama dalam pengalaman saya menaiki jeep dan sangatlah seronok kerana duduk di dalam jeep itu sangat tidak tenang kerana asyik melanyun-lantun. Di sana juga kita dapat melihat peninggalan rumah kesan daripada letusan gunung merapi. Sangatlah sayu ketika melihat rumah itu, dengan peralatan dan barang yang cair akibat daripada letusan itu sendiri begitu juga haiwan-haiwan yang hanya tinggal tulang-bendulang.







Comments

Popular posts from this blog

Memilih BSMM sebagai badan beruniform

Sebahagian daripada Kadet BSMM UKM Pada peringkat universiti, saya memilih Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai badan beruniform. Di UKM menyertai badan beruniform bukanlah satu kewajipan tetapi saya menyertai ini kerana minat saya sendiri untuk menyertai badan uniform. Saya tidak tahu mengapa saya memilih BSMM sebagai badan uniform tetapi saya tergerak hati untuk memilih uniform ini. Walaupun sewaktu sekolah menengah saya sertai badan beruniform kadet polis. Mungkin saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Setelah menyertai badan uniform ini, perspektif saya mengenai BSMM berbeza. Jika selama ini, sewaktu sekolah menengah jika dilihat PBSM seperti kurang aktif. Tetapi di sini, uniform ini sangat aktif dan sering melakukan program atau latihan pada hujung minggu. Selain itu,memang satu kewajipan untuk BSMM menguasai ilmu rawatan kecemasan awal. Melalui uniform ini saya mempelajari banyak ilmu baru seperti ilmu balutan, usungan, kawad kaki dan lain-lain. Kelebihan yang kami dapat d...

Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat

Hari Pertama Kursus Ini adalah kursus yang ketiga yang telah saya ambil bagi sesi ini daripada 7 persijilan iaitu Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat(BBOM). Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM. Apa itu kursus BBOM? Kursus ini adalah berkenaan bagaimana cara menghadapi situasi jika berlaku bencana alam kerana kami sebagai ahli BSMM perlulah sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan bantuan. Tidak kira bentuk apa bencana itu seperti tanah runtuh, banjir dan kemalangan jalan raya.

Interview UKM

Selesai interview Saya berasa amat bersyukur kerana telah dipilih bagi menghadiri ujian temuduga bagi kos Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana ini merupakan pilihan pertama saya. Ini adalah kali pertama saya menghadapi situasi temuduga yang sebenar. Apa yang saya rasa apabila dipanggil untuk ditemuduga? Pertama kalinya apabila saya dapat keputusan ini, saya rasa tidak mahu pergi kerana rasa gementar menghantui dan perjalanan yang agak jauh. Tetapi apabila tarikh temuduga semakin hampir, saya datang juga untuk temuduga. Saya ditemuduga secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang dan panel pula seramai 4 orang. Sudah tentu pelbagai reaksi dan raut wajah yang ditunjukkan oleh panel, ada yang baik dan ada yang muka serius. Walaupun begitu, saya dapat hadapinya kerana latihan temuduga yang pernah dibuat sebelum ini.