Skip to main content

Citra Bahasa Melayu

Reruai Set 5 Citra Komunikasi Lisan dalam Bahasa Melayu
Pada semester satu sesi 2016/2017, saya telah mengambil citra Komunikasi Lisan Dalam Bahasa Melayu, apa yang menarik mengenai citra ini, kami dikehendaki mencipta permainan dan menghiasi reruai kami. Di samping itu, kami juga perlu menyertai permainan dari citra yang disediakan reruai lain bagi memenuhi 10 cop. Tema karnival Bahasa Melayu ini ialah tradisional. Semua citra yang terlibat dalam bahasa melayu perlu terlibat dalam menjayakan program di mana dikira sebahagian pemarkahan citra. Kami juga diberi sijil kerana menyertai program karnival ini.

Set kami telah mencipta 3 jenis permainan mengikut tahap kesukaran. Hal ini kerana, peserta adalah terdiri daripada tiga pelajar iaitu pelajar tempatan, Nusantara dan antarabangsa. Saya ditugaskan untuk menjaga permainan tahap mudah bagi pelajar antarabangsa. Permainan yang kami sediakan ialah memasukkan bola dalam cawan bagi mendapatkan satu perkataan untuk mereka terjemahkan.

Pengalaman ini sangat menarik kerana saya dapat belajar cara berkomunikasi dengan pelajar antarabangsa bagi memastikan mereka faham dengan peraturan permainan. Walaupun mereka pelajar antarabangsa di mana kami perlu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris tetapi ada juga segelintir tidak berapa faham dan fasih berbahasa Inggeris di mana kami perlu menggunakan komunikasi menggunakan gerak badan.

Pengalaman ini tidak dapat dilupakan kerana selama ini sangat sukar bagi saya untuk vuba berinteraksi dengan orang asing.

Comments

Popular posts from this blog

Memilih BSMM sebagai badan beruniform

Sebahagian daripada Kadet BSMM UKM Pada peringkat universiti, saya memilih Bulan Sabit Merah Malaysia sebagai badan beruniform. Di UKM menyertai badan beruniform bukanlah satu kewajipan tetapi saya menyertai ini kerana minat saya sendiri untuk menyertai badan uniform. Saya tidak tahu mengapa saya memilih BSMM sebagai badan uniform tetapi saya tergerak hati untuk memilih uniform ini. Walaupun sewaktu sekolah menengah saya sertai badan beruniform kadet polis. Mungkin saya ingin mencuba sesuatu yang baru. Setelah menyertai badan uniform ini, perspektif saya mengenai BSMM berbeza. Jika selama ini, sewaktu sekolah menengah jika dilihat PBSM seperti kurang aktif. Tetapi di sini, uniform ini sangat aktif dan sering melakukan program atau latihan pada hujung minggu. Selain itu,memang satu kewajipan untuk BSMM menguasai ilmu rawatan kecemasan awal. Melalui uniform ini saya mempelajari banyak ilmu baru seperti ilmu balutan, usungan, kawad kaki dan lain-lain. Kelebihan yang kami dapat d...

Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat

Hari Pertama Kursus Ini adalah kursus yang ketiga yang telah saya ambil bagi sesi ini daripada 7 persijilan iaitu Kursus Bantuan Bencana Alam dan Operasi Menyelamat(BBOM). Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam bertempat di Hutan Pendidikan Alam, UKM. Apa itu kursus BBOM? Kursus ini adalah berkenaan bagaimana cara menghadapi situasi jika berlaku bencana alam kerana kami sebagai ahli BSMM perlulah sentiasa bersiap sedia untuk menawarkan bantuan. Tidak kira bentuk apa bencana itu seperti tanah runtuh, banjir dan kemalangan jalan raya.

Interview UKM

Selesai interview Saya berasa amat bersyukur kerana telah dipilih bagi menghadiri ujian temuduga bagi kos Pentadbiran Perniagaan di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan kerana ini merupakan pilihan pertama saya. Ini adalah kali pertama saya menghadapi situasi temuduga yang sebenar. Apa yang saya rasa apabila dipanggil untuk ditemuduga? Pertama kalinya apabila saya dapat keputusan ini, saya rasa tidak mahu pergi kerana rasa gementar menghantui dan perjalanan yang agak jauh. Tetapi apabila tarikh temuduga semakin hampir, saya datang juga untuk temuduga. Saya ditemuduga secara berkumpulan iaitu seramai 5 orang dan panel pula seramai 4 orang. Sudah tentu pelbagai reaksi dan raut wajah yang ditunjukkan oleh panel, ada yang baik dan ada yang muka serius. Walaupun begitu, saya dapat hadapinya kerana latihan temuduga yang pernah dibuat sebelum ini.