Program Permata adalah satu program yang dianjurkan oleh kami dari kelas Pengantar Pengurusan. Saya sangat bertuah kerana dapat peluang untuk mengikuti program ini kerana hanya 20 orang sahaja yang boleh terlibat. Pengalaman saya dalam program takkan dapat dilupai kerana ini adalah kali pertama saya ke program bersama anak-anak Chow Kit. Walaupun hanya dalam masa yang singkat tetapi kami dapat kenali dengan kanak-kanak tersebut dengan rapat seperti sudah kenal lama. Di sana kami mengajar mereka membaca, solat berjemaah bersama, makan bersama dan membuat sedikit aktiviti bersama. Apa yang saya sedikit tersentuh bersama mereka ialah sebelum tibanya waktu makan, ada yang seorang yang mengadu dia lapar kerana semalam dia tidak dapat makan. Ketika itu hati saya tersentuh. Walaupun mereka masih kecil, mereka masih boleh bertahan dan berinteraksi dengan kami dengan semangat. Pengalaman bersama mereka adalah kenangan yang tidak dapat dilupai dalam hidup saya.
Penonton, Hos dan Artis jemputan Saya dan rakan sebilik saya telah turun ke panggung seni untuk menjadi penonton bagi rancangan Singapura bertempat di Panggung Seni, UKM. Kami telah menghadiri rancangan televisyen Gara-Gara Nurul dan Shahril Menjadi-jadi. Dalam rancangan ini, banyak artis tempatan dan Singapura yang menjadi artis jemputan seperti Mark Adam, Aaron Aziz, Rozita Che Wan dan lain-lain. Rancangan ini sangat menarik untuk ditonton kerana hos dan artis-artis yang sangat sporting.